Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.
Misi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) adalah untuk menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam usaha-usaha pemberian pinjaman dan biasiswa serta menampung keperluan para pelajar dalam kecemerlangan pembelajaran.
Oleh itu satu usaha telah dilakukan dengan membangunkan laman web adalah untuk menyampaikan maklumat secara menyeluruh mengenai Yayasan Pelajaran Johor kepada seluruh lapisan masyarakat.
Semenjak penubuhan YPJ melalui Enakmen No. 8 Tahun 1982 telah memberi bantuan pembelajaran untuk kemajuan pendidikan kepada anak bangsa. YPJ juga perlu memberikan maklumat yang tepat, cekap dan berkesan. Maka, dengan adanya laman web ini, maka maklumat tersebut akan diperolehi tidak kira di mana jua tanpa mengira sempadan.
Melalui Piagam Pelanggan YPJ, maka perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra akan diberikan. Maklumat yang cekap, tepat dan mesra amat penting kepada pelanggan agar mereka mendapat maklumat dan gambaran yang lebih jelas di samping mengetahui bentuk bantuan dan aktiviti yang ditawarkan untuk mereka. Maka dengan itu, perancangan dan persiapan dapat dibuat untuk kemajuan dan kejayaan dunia pendidikan mereka.
YPJ akan berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatannya sejajar dengan visi YPJ untuk menjadi cemerlang dalam membantu pembangunan dunia pendidikan dengan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.
Sekian, terima kasih.
Institusi peneraju pengurusan dana pendidikan negeri Johor.
Menguruskan dana pendidikan secara cekap dan berhemah kepada rakyat negeri Johor yang layak.
Sejarah penubuhan dan perkembangan Yayasan Pelajaran Johor dari dahulu hingga kini.
Pengurusan biasiswa negeri (Biasiswa Sultan Ibrahim, Biasiswa Kenangan Dato' Onn) diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Enakmen No. 8 Tahun 1982 diluluskan. YPJ ditubuhkan sebagai badan khusus pembiayaan pendidikan.
YPJ mula bergerak sebagai entiti bebas sepenuhnya.
YPJ Holdings Sdn. Bhd. (YPJH) ditubuhkan pada 24 November.
Aktiviti pelaburan dan komersil dipindahkan kepada YPJH.
KYPJ dinaik taraf sebagai Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ).
Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1982 di bawah Enakmen YPJ No. 8 Tahun 1982 dengan objektif utama untuk menguruskan keperluan pembiayaan pendidikan bagi anak-anak Negeri Johor.
Menguruskan pemberian pinjaman dan biasiswa kepada rakyat Negeri Johor.
Menaja dan membuka peluang pendidikan bagi melahirkan modal insan berketerampilan.
Melalui YPJH, menjalankan aktiviti pelaburan dan komersil.
Struktur pengurusan dan jabatan di bawah Yayasan Pelajaran Johor.